KOTA BHARU: Sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Petronas melegakan 400 keluarga kurang berkemampuan di Kelantan dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi. Ia diakui oleh Abdul Rahman Vejayan Abdullah, 70 yang merupakan seorang mualaf dan kini tinggal sebatang kara di Berek 12, di sini, sejak 20 tahun lalu. Lebih-lebih lagi duda anak dua yang berasal dari Marang, Terengganu itu, tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung harap…










