JOHOR BAHRU: Bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang menggesa parti itu menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas beberapa individu sejak tiga tahun lalu termasuk terhadap dirinya. Beliau berkata, penarikan semula penggantungan itu juga wajar dipermudahkan tanpa dikenakan sebarang syarat selari dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. “Mereka yang digantung sebenarnya masih berstatus sebagai ahli parti, namun hak sebagai ahli dinafikan sepanjang…










