Matriks Pembelajaran Malaysia bukan syarat kemasukan ke sekolah khusus

Matriks Pembelajaran Malaysia bukan syarat kemasukan ke sekolah khusus

Matriks Pembelajaran Malaysia bukan syarat kemasukan ke sekolah khusus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan, Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) bukannya syarat untuk kemasukan ke sekolah khusus.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, kemasukan ke sekolah khusus masih lagi menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

“MPM bagi Tahun 4 tahun ini dan Tingkatan 3 tahun depan bukannya syarat atau instrumen untuk menentukan anak-anak kita dapat masuk sekolah khusus atau tidak.

“Anak-anak yang berminat masuk ke sekolah khusus, apa pun keputusan yang mereka ada, mereka mohonlah dan kena menduduki PKSK,” katanya ketika ditemui selepas Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2026 Wilayah Putrajaya, di SMK Putrajaya Presint 11(1), di sini hari ini.

Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) ialah inisiatif KPM untuk mengesan tahap penguasaan murid melalui penilaian berpusat, bukannya peperiksaan awam tradisional.

Ia bermula pada 2026 untuk Tahun 4 bagi peperiksaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (BI), Matematik dan Sains dan 2027 untuk Tingkatan 3 dengan tambahan peperiksaan Sejarah.

Kedua-dua peperiksaann berpusat itu adalah antara perkara baharu diperkenalkan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 selain memfokuskan intervensi awal bagi pengukuhan kurikulum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN