PETALING JAYA: Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak dengan penuh tekad menghentikan segera konflik Asia Barat sebelum ia merebak dan meragut lebih banyak nyawa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk menyokong sebarang usaha yang berwibawa ke arah mencapai menghentikan keganasan melalui rundingan. “Saya menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak dengan segera dan penuh tekad sebelum konflik ini meragut lebih banyak nyawa dan menarik lebih banyak negara…










