KUALA LUMPUR: Malaysia belum menerima sebarang pemakluman rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai pembatalan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setakat ini AS masih menjalankan semakan bagi menentukan kadar tarif baharu terhadap negara terlibat dalam tempoh kira-kira lima bulan. Menurutnya, proses itu melibatkan siasatan terhadap kira-kira 60 negara sebelum cadangan kadar tarif baharu dikemukakan. “Tiada pemakluman rasmi daripada kerajaan AS…










