PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) memulakan siasatan terhadap tindakan, dasar dan amalan 15 negara termasuk Malaysia di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 berkaitan isu kapasiti berlebihan secara struktur serta pengeluaran dalam sektor perkilangan. Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer berkata, siasatan itu bertujuan menentukan sama ada tindakan, dasar dan amalan negara terlibat adalah tidak munasabah atau bersifat diskriminatif sehingga membebankan atau menyekat perdagangan AS. Menurut beliau, negara yang terlibat…










