PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad mengumumkan anak syarikat miliknya sepenuhnya, Prai Power Sdn. Bhd., telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) baharu dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melanjutkan operasi Loji Janakuasa Prai di Prai. Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, perjanjian baharu itu menyediakan lanjutan operasi loji selama empat tahun, bermula 1 April 2026 sehingga 31 Mac 2030. “Loji Prai mempunyai kapasiti 350 megawatt menggunakan teknologi turbin gas kitaran gabungan (CCGT).…










