KUALA NERUS: Keberkatan bulan Ramadan yang sarat dengan nilai keinsafan dan kepedulian terus dizahirkan apabila sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turun padang menyantuni golongan warga emas baru-baru ini. Penglibatan mereka adalah menerusi penganjuran Program Santuni Warga Emas di sebuah rumah kebajikan orang tua, Pusat Jagaan Warga Emas (Summer Eldercare), Kuala Terengganu. Program tersebut menghimpunkan seramai 20 orang mahasiswa UMT yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026, Kelab…










