Lelaki warga Myanmar kelar leher rakan senegara direman tujuh hari

Lelaki warga Myanmar kelar leher rakan senegara direman tujuh hari

SEORANG lelaki warga Myanmar diiringi anggota polis dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi proses permohonan reman kes pembunuhan seorang wanita warga asing yang ditemukan mati dikelar di sebuah asrama pekerja Nilai, Seremban kelmarin. - UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita senegaranya di sebuah asrama pekerja di Jalan Nilai Universiti, Nilai, kelmarin direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurutnya, tempoh reman bermula hari ini sehingga 11 Mac bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hari ini, media melaporkan suspek berusia 41 tahun itu ditahan di Saujana Puchong, Puchong, Selangor pada pukul 12.55 tengah malam tadi.

Johari berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian dengan mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau. Motif kejadian dipercayai berpunca daripada hutang berjumlah RM10,000.

“Mangsa didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar suspek bersama teman wanitanya di media sosial sekiranya gagal membayar RM5,500 pada hari kejadian,” katanya.

Sebelum ini, mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan maut di tangga tingkat empat asrama pekerja asing berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×