PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Kenyalang 11/6B, Kota Damansara di sini pagi tadi. Mangsa dikenal pasti sebagai Nik Muzaidi Nik Abdullah, 54, ditemukan tidak sedarkan diri di beranda tingkat atas rumah berkenaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.09 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan…







