Lelaki ditahan miliki 21 ekor burung murai batu tanpa lesen

Lelaki ditahan miliki 21 ekor burung murai batu tanpa lesen

ANGGOTA PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan burung murai batu yang dirampas dalam serbuan di Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat, Kelantan.-IHSAN PPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 21 ekor burung murai batu selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Tengah di sini semalam.

Serbuan pukul 11 pagi itu turut disertai oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan.

Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 21 ekor burung murai batu tanpa kebenaran yang sah.

Katanya, hasil soal siasat yang dilakukan lelaki berusia 36 tahun itu mengaku sebagai pemilik kepada hidupan liar yang dilindungi mengikut Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan) 2022.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 133,700. Kesemua burung tersebut diserahkan kepada Perhilitan Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, ini merupakan kejayaan kedua PPM Wilayah Tiga berkait dengan rampasan hidupan liar yang dibela tanpa lesen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN