Lebih 400,000 peladang bakal terima agihan keuntungan RM25.8 juta - Utusan Malaysia

Lebih 400,000 peladang bakal terima agihan keuntungan RM25.8 juta

MOHAMAD Sabu ketika ditemui di sidang media selepas majlis perjumpaan menteri bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 400,000 anggota peladang bakal menerima pembahagian keuntungan berjumlah kira-kira RM25.8 juta yang akan diagihkan melalui 212 Pertubuhan Peladang di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, agihan tersebut dibenarkan menerusi pengeluaran Perintah Khas bagi membolehkan pembahagian keuntungan bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan kebajikan anggota peladang tidak terjejas walaupun Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.

“Oleh kerana Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) masih digantung, semua pertubuhan peladang tidak dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh yang ditetapkan dan ini menyebabkan pembahagian keuntungan kepada anggota tidak dapat dilaksanakan mengikut tatacara biasa,” katanya selepas majlis perjumpaan bersama warga Kementerian sempena Ramadan di sini, hari ini.

Katanya, langkah berkenaan juga bagi memastikan anggota peladang dapat menerima manfaat keuntungan yang diperoleh oleh pertubuhan masing-masing tanpa perlu menunggu proses biasa selesai.

“Agihan ini dijangka memberi kelegaan kepada anggota peladang di seluruh negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Tegasnya, perintah khas tersebut bersifat khusus dan hanya terpakai bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 sahaja.

Terdahulu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) merekodkan keuntungan sebanyak RM221 juta bagi tahun kewangan 2024, iaitu yang tertinggi sejak penubuhannya pada 1972. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN