Laporan jawatankuasa khas berkait Azam Baki dijangka diterima hari ini - PM

Laporan jawatankuasa khas berkait Azam Baki dijangka diterima hari ini – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka diterima hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini beliau masih menunggu laporan berkenaan daripada jawatankuasa khas yang diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

“Itulah yang saya tunggu. Katanya hari ini. (Setakat ini) belum terima (laporan jawatankuasa khas),” katanya ketika ditemui pemberita selapas Program Ihya’ Ramadan bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, laporan siasatan berhubung dakwaan melibatkan Azam akan siap dalam tempoh satu hingga dua hari dan dijangka dibentangkan minggu ini.

Menurut Anwar, laporan yang diketuai Peguam Negara itu tidak akan tertangguh dan akan menjadi asas kepada sebarang keputusan lanjut termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Kerajaan sebelum ini menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Azam.

Ia susulan Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam menerusi sidang akhbarnya baru-baru ini menegaskan, pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN