REMBAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 7 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes pembunuhan Suri Narudin. Ia susulan laporan bedah siasat dan toksikologi yang belum diperoleh. Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi memberitahu mahkamah, sepatutnya sebutan semula dibuat bagi laporan bedah siasat namun hasil laporan tersebut belum diperoleh serta hanya laporan kimia yang diperoleh setakat ini. Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding hari ini daripada tertuduh, Zainizan Zainal, 52,…










