GUA MUSANG: Laluan Gua Musang-Merapoh di jalan lencongan berhampiran Taman Wangi di sini, ditutup lapan hari sehingga 14 Mac ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan. Penutupan melibatkan kedua-dua arah dari persimpangan Taman Wangi hingga ke simpang Hospital Gua Musang itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan Pakej 3B dan 3C yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Badlihisham Nik…










