PATTANI (THAILAND): Lima anggota polis cedera apabila pos kawalan mereka di Mukim Tha Nam, Daerah Panare di sini, diserang kumpulan pemisah menggunakan bom motosikal roda tiga atau bom choley, kelmarin. Kejadian pukul 6.58 petang waktu tempatan itu berlaku setengah jam selepas waktu berbuka puasa. Difahamkan, kejadian itu dilakukan kumpulan pemisah sebagai balas dendam terhadap pihak berkuasa yang menyebabkan kematian dua rakan mereka dalam tempoh enam hari lalu di Daerah Nong…










