Krisis tenaga global dijangka reda enam bulan hingga setahun

Krisis tenaga global dijangka reda enam bulan hingga setahun

AKMAL NASRULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Krisis tenaga global yang berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dijangka dapat diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan penilaian semasa kementerian terhadap perkembangan konflik global yang memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia.

Menurut beliau, sekiranya situasi tersebut berlarutan, tempoh pemulihan krisis tenaga global mungkin mengambil masa lebih lama sehingga setahun.

“Jangkaan daripada kementerian, paling minimum tempoh untuk perkara ini selesai adalah sekitar enam bulan. Jika tidak, jangkaan yang lebih tuntas mungkin memakan masa sehingga setahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pemetaan Peluang Strategik GLC melalui RMK13 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, krisis tenaga global bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan minyak dan gas, malah berpotensi mempengaruhi kos pengeluaran dalam pelbagai sektor industri.

Katanya, situasi tersebut boleh memberi tekanan kepada ekonomi dunia termasuk peningkatan kos pengeluaran dan perkhidmatan sekiranya konflik berpanjangan.

“Apabila krisis tenaga global berlaku, kebanyakan sektor yang bergantung kepada tenaga akan terjejas kerana kos pengeluaran meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN