KUALA LUMPUR: Kos menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M kekal pada RM33,300 meskipun berdepan peningkatan harga minyak dunia ketika ini. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, pihaknya mengambil kira faktor kenaikan kos bahan api itu dalam perjanjian sedia ada dengan syarikat penerbangan. Katanya perjanjian selama tiga tahun yang dimeterai bersama syarikat penerbangan, termasuk Saudia Airlines dan Malaysia Airlines membolehkan kos penerbangan dikawal dalam julat tertentu. “Dalam…








