GEORGE TOWN: Konflik yang sedang berlaku di Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada sektor industri di Pulau Pinang khususnya dari segi gangguan rantaian bekalan, logistik serta peningkatan kos tenaga sekiranya krisis tersebut berlarutan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada peringkat awal ketika ini, kerajaan negeri dan pemain industri masih memantau perkembangan situasi berkenaan memandangkan konflik tersebut baru berlaku kira-kira seminggu lalu. Menurut beliau, antara kesan yang dijangka…









