TELUK INTAN: Kegembiraan Syawal bertukar pilu buat sepasang suami isteri apabila kehilangan anak perempuan berusia tiga tahun yang ditemukan meninggal dunia dalam kolam buangan di belakang rumah mereka di Kampung Simpang Empat, Pematang Pelandok di sini, Isnin lalu. Bapa kepada kanak-kanak tersebut, Mohd. Azlan Abdul Wahid, 44, berkata, kejadian yang menimpa anak perempuannya, Nur Annisa Husna disedari selepas majlis hari keluarga bersempena Aidilfitri di rumahnya. “Saya tidak menyangka kehilangan anak…











