KJ serah surat kembali kepada UMNO

KJ serah surat kembali kepada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti itu, secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, semalam.

Surat itu diserahkan sendiri oleh Khairy kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadi telah menerima permohonan itu dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya.

Katanya, fokus utama dalam perjuangan parti adalah mencari jalan penyatuan dan bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan ahli-ahli.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,” katanya.

Selepas dipecat daripada UMNO pada 2023, Khairy secara terbuka mengumumkan mahu kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa.

Ini selepas UMNO membuka pintu kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu serta mengalu-alukan mana-mana individu yang mahu bersama perjuangan parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN