KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan menamakan Ketua Pembangkang yang baharu sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 22 Jun ini. Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu bagi menggantikan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). “(Nama Ketua Pembangkang baharu) sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi PN yang lalu,” katanya kepada Utusan…










