KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menentukan sama ada meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) menerusi keputusan mesyuarat parti. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setakat ini BN konsisten untuk bertanding menggunakan tiket sendiri tanpa sebarang gabungan rasmi dengan mana-mana parti. “Kalau kita pergi pilihan raya, kita tetap pergi PRU di bawah Barisan Nasional. Sama ada kerjasama sebelum atau selepas itu, perkara…









