Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac ini

Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac ini

Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Katanya, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut.

“Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya hari ini.

Menurut KPM, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan pada tarikh dan waktu yang sama sehingga pukul 6:00 petang pada 6 April depan (Isnin).

Katanya, semakan keputusan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN