Kepala lori terbakar, kanak-kanak lelaki rentung

Kepala lori terbakar, kanak-kanak lelaki rentung

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun rentung dalam kejadian kebakaran sebuah lori di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori jenis Volvo di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1, Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.46 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan telah terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori.

“Semasa kejadian, pemandu lori berjaya menyelamatkan diri manakala anak lelakinya terperangkap di dalam kepala lori itu. Kanak-kanak tersebut disahkan rentung dan meninggal dunia dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, orang awam telah bertindak awal bagi memadam kebakaran menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering serta satu unit jengkaut membawa tanah.

“Anggota kemudian memadamkan kebakaran sepenuhnya menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sebelum operasi ditamatkan pada pukul 1.30 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN