KOTA KINABALU: Keputusan mengekalkan pemberian diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter untuk rakyat Sabah dan Sarawak membuktikan kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat di dua negeri berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Mustapha Sakmud berkata, rakyat di Sabah dan Sarawak terus menikmati akses kepada bahan api bersubsidi dengan kadar penggunaan terkawal. Menurutnya, kerajaan Persekutuan turut melaksanakan inisiatif BUDI95 yang menawarkan harga RM1.99 seliter dengan…











