PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Washington, D.C. membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 20 Mac 2026. Kedutaan Malaysia memaklumkan, pembatalan itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan awam secara lebih berhemat dan sederhana. “Selaras dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perbelanjaan awam secara lebih berhemat dan sederhana, Kedutaan Malaysia tidak dapat meneruskan penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang pada asalnya dijadual…










