Kebajikan, keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat kekal keutamaan

Kebajikan, keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat kekal keutamaan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus memastikan kebajikan dan keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di Asia Barat termasuk yang terkandas ekoran pembatalan penerbangan secara mengejut kekal menjadi keutamaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, susulan itu, Kementerian Luar (KLN) akan mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa tindakan yang akan diambil dalam tempoh terdekat.

“Kementerian Luar memberi beberapa maklumat dan maklum balas terkini mengenai situasi khusus berkait rakyat Malaysia yang berada di negara-negara itu, khusus di sekitar kawasan Teluk.

“Kementerian Luar, Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan susulan mengenai beberapa tindakan yang akan diambil,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Semalam, KLN memaklumkan kira-kira 29,000 rakyat Malaysia yang kini berada di Asia Barat dilaporkan terjejas susulan penutupan ruang udara dan pembatalan penerbangan secara mengejut, khususnya di hab transit global utama seperti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN