KUALA TERENGGANU: Rutin sepasang suami isteri mengutip plastik di pesisir pantai membawa kepada penemuan seekor penyu agar betina yang terperangkap dalam pukat di kawasan Dataran Batu Buruk 2 di sini, semalam. Penyu betina yang dianggarkan berusia kira-kira dua tahun itu dapat diselamatkan selepas usaha mengeluarkannya daripada pukat tersebut. Mohammad Umbaidah Tengah, 63, berkata, dia bersama isteri, Zaleha Abu Bakar, 63, melakukan aktiviti sukarelawan mengutip sampah di sepanjang pantai Kuala Terengganu…










