SETIU: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan do Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor dekat Felda Jerangau, Dungun petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad, hari ini. Jenazah Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anak lelakinya, Mohd. Redzuan Arash Mohd. Redzuan, 13, serta anak perempuan bongsunya. Nur Radya Athalia, 4, selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.15 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, di sini. Terdahulu jenazah tiga beranak itu dibawa pulang…











