JOHOR BAHRU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati mana-mana haiwan liar khususnya harimau untuk mengambil gambar atau video demi keselamatan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, penampakan haiwan itu di Kampung Rahmat, Kluang tiga hari lalu merupakan insiden pertama di kawasan berkenaan. Sehubungan itu katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah memasang perangkap kamera bagi memastikan keberadaannya. “Perhilitan Johor telah turun…








