Jangan cari salah dia - Nedim Nazri Aziz - Utusan Malaysia

Jangan cari salah dia – Nedim Nazri Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jangan persendakan seseorang.”

Demikian kenyataan Nedim Nazri Aziz atau Bossned mempertahankan Nora Danish daripada sindiran segelintir netizen yang kurang senang dengan respons diberikan pelakon itu terhadap perkongsian Nedim dalam laman Threads, baru-baru ini.

“Betul bekas isteri saya balas itu, jangan cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik!

“Kalau dia mengingati saya Alhamdulillah, dan kepada yang lain, bagi jawapan yang korang nak bagi,” tulisnya.

Nora baru-baru ini mencuri perhatian susulan respons diberikannya terhadap hantaran Threads bekas suaminya itu yang mempersoalkan punca kebanyakan perniagaan menjadi perlahan di bulan Ramadan.

“Kerana Allah nak kita tumpukan dengan ibadah, buang dunia dan fokus akhirat,” tulis Nora.

Maklum balas Nora itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

“Habis itu yang kafir? Kira allah zalim? Malaikat 24 jam,” tulis seorang pengguna Threads. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN