PETALING JAYA: Pengeluaran notis mengesan terhadap bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dibuat selepas pelbagai usaha untuk menghubungi individu berkenaan gagal. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pegawai penyiasat telah beberapa kali cuba menghubungi Chai Jin Shern atau James Chai yang dikesan berada di United Kingdom sejak 24 Februari lalu. Bagaimanapun tiada sebarang maklum balas diterima selepas pegawai penyiasat menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan…








