PETALING JAYA: Isteri kepada aktivis sosial, Amri Che Mat, Norhayati Ariffin memfailkan hujahan di Mahkamah Tinggi bagi membantah permohonan kerajaan menangguhkan pembayaran pampasan lebih RM3 juta kepada keluarganya pada November 2025. Kerajaan selaku defendan memfailkan permohonan penangguhan itu pada 8 Januari lalu, sementara menunggu proses rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Peguam Surendra Ananth berkata, anak guamnya selaku plaintif berusaha menyelesaikan perkara itu secara baik melalui cadangan penangguhan bersyarat. “Kami menawarkan…










