Ikut nasihat pihak berkuasa tangguh umrah

Ikut nasihat pihak berkuasa tangguh umrah

AHMAD FAUWAZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para jemaah digesa mematuhi arahan pihak berkuasa dalam urusan menunaikan umrah terutama dalam situasi yang tidak digalakkan atau tidak dibenarkan demi faktor keselamatan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ibadah umrah mempunyai kelonggaran dari segi waktu pelaksanaan dan boleh ditangguhkan ke masa yang lebih selamat.

“Sekiranya tidak dibenarkan atau tidak digalakkan, kita patuhi arahan tersebut kerana keselamatan jemaah lebih utama. Umrah boleh dilakukan pada waktu yang lebih aman.

“Pihak agensi pelancongan juga diharap dapat berunding dengan bakal jemaah bagi menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik selaras dengan prinsip fiqh mizan yang menitikberatkan penyelesaian isu semasa serta menjaga nyawa sebagai keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke negara Asia Barat termasuk bagi tujuan mengerjakan umrah atau ziarah.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, nasihat tersebut dikeluarkan susulan peningkatan ketegangan konflik antara Amerika Syarikat (AS), Iran dan Israel yang semakin memuncak di rantau berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN