KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) mencipta sejarah apabila menjadi hospital pertama di Malaysia mencapai pengesahan Tahap 7 di bawah Electronic Medical Record Adoption Model (EMRAM) yang dibangunkan oleh Healthcare Information and Management Systems Society (HIMSS). Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Mohamed Ezani Md Taib berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan institusi berkenaan dalam memperkukuh kecemerlangan digital serta meningkatkan keselamatan pesakit. Menurutnya, pengesahan Tahap 7 membuktikan sistem digital yang digunakan IJN…










