KOTA BHARU: Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dan Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM) berjaya menyelamatkan 14 kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital menerusi rawatan dan pembedahan sepanjang tempoh dua tahun lalu. Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi sumbangan dana rawatan berjumlah RM42,000 yang disalurkan sejak 2024 bagi membantu pesakit daripada golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah (B40).…









