BAGAN DATUK: Penginapan inap desa atau homestay di sekitar daerah ini menjadi rebutan perantau setiap tahun sehingga kebanyakannya habis ditempah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pengusaha homestay berkata, tempahan bagi musim perayaan kali ini telah dibuat lebih awal malah ada yang menempah sejak lima bulan sebelum Ramadan. Pengusaha Subinas Homestay, Mat Subril Mat Saad, 53, berkata, homestay kini menjadi pilihan utama perantau yang pulang berhari raya terutama mereka yang mempunyai…










