HLB Islamic perkenal identiti baharu, fokus pengurusan harta - Utusan Malaysia

HLB Islamic perkenal identiti baharu, fokus pengurusan harta

DAFINAH Ahmed Hilmi (tengah kiri) dan Kevin Lam (tengah kanan), memperkenalkan identiti baharu HLB Islamic dan memperkenalkan Hayat @ HLB Islamic, cadangan baharu Bank yang tertumpu kepada penjagaan kekayaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Islamic Bank (HLB Islamic) kini beralih kepada identiti jenama yang diperbaharui serta memperkenalkan proposisi teras ‘Hayat @ HLB Islamic’ bagi memperkukuh kedudukannya dalam sektor pengurusan harta menyeluruh.

Langkah strategik ini berteraskan falsafah baharu, ‘Pegangan Lestari Membimbing Kesenangan Masa Depan’ yang menekankan pendekatan kitaran hayat berpandukan prinsip Syariah, berbanding hanya transaksi perbankan tradisional.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank (HLB), Kevin Lam berkata, peralihan jenama itu bertujuan memupuk hubungan lebih kukuh dengan pelanggan pelbagai latar belakang dan menjadikan perbankan Islam sebagai pemacu utama pertumbuhan bank.

“Dengan menyelaraskan identiti perbankan Islam lebih rapat kepada jenama teras HLB, kami menjadikan penyelesaian patuh Syariah lebih intuitif, mudah diakses dan terintegrasi secara digital.

“Matlamat kami adalah menjadikan HLB Islamic sebagai gerbang pilihan bagi pengurusan harta di Malaysia menerusi inovasi dan nilai yang berfokuskan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Dafinah Ahmed Hilmi menjelaskan, Hayat @ HLB Islamic menggabungkan lima tonggak utama iaitu Penciptaan, Pengumpulan, Pemeliharaan, Penyucian dan Pengagihan Harta ke dalam satu perjalanan kewangan yang kohesif.

“Kami memahami pelanggan mempercayakan kami dengan hasil kejayaan dan masa depan keluarga mereka. Melalui pengurusan harta jangka panjang ini, kami memastikan setiap peringkat kehidupan pelanggan diuruskan dengan mudah dan lancar,” tambah beliau.

Sebagai sebahagian daripada transformasi digital, pelanggan kini boleh melaksanakan tanggungjawab sosial seperti Zakat, Sadaqah dan Waqf secara terus melalui aplikasi HLB Connect tanpa perlu beralih ke platform luaran.

Sempena pelancaran identiti baharu ini, HLB Islamic turut menawarkan promosi eksklusif “Destinasi Impian” di mana pelanggan yang melanggan produk di bawah lima tonggak Hayat berpeluang memenangi pakej percutian ke Jepun, China dan Vietnam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN