PADANG BESAR: Sebelum ini, si suami berkorban seluruh jiwanya menjaga Norhaslinda Mohd Jusoh, 51, yang menderita kanser pangkal rahim tahap tiga. Ketika penyakit Norhaslinda semakin pulih, Zulkeple Muhammad pergi dahulu menghadap Ilahi pada usia 59 tahun pada Disember tahun lalu kerana turut menghidap kanser. Norhaslinda berkata, Syawal tahun ini seakan hilang seri tanpa insan tersayang yang selama ini banyak berkorban demi keluarga. Katanya, Allahyarham sentiasa mengutamakan anak-anak bagi memastikan mereka…










