SEPANG: Malaysia mampu mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter sehingga dua bulan ekoran ketidaktentuan harga minyak global akibat serangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik Asia Barat dan penutupan berpanjangan Selat Hormuz berpotensi mencetuskan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini. Katanya, kerajaan setakat ini masih mampu mengekalkan harga bersubsidi RON95 dan akan mengambil langkah sewajarnya jika konflik…










