Harga makanan bazar Ramadan di Kedah naik 20 peratus

Harga makanan bazar Ramadan di Kedah naik 20 peratus

ABDUL Gafar Yahya (kanan) mengagih plastik sampah sempena Kempen Kebersihan Bazar dan Penyerahan Beg Sampah kepada peniaga di Bazar Ramadan Peremba, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mendakwa harga makanan di bazar Ramadan naik hingga 20 peratus, meskipun tiada kenaikan mendadak kos bahan mentah.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengguna dengan antara makanan yang naik harga ialah roti john.

“Dulu RM4 hingga RM5 sahaja, sekarang sudah jadi RM7 hingga RM8, malah ada juga RM18 untuk yang berjenama. Begitu juga kuih muih meningkat daripada RM2.50 ke RM3.50.

“Aduan yang kita terima keseluruhannya harga di bazar Ramadan meningkat 20 peratus sehingga ada pengguna memilih untuk tidak ke bazar langsung. Ada yang berkunjung ke bazar tetapi membeli apa yang patut sahaja, tidak seperti tahun sebelum ini,” katanya ditemui pada Kempen Kebersihan Bazar dan Penyerahan Beg Sampah kepada peniaga di Bazar Ramadan Peremba, semalam.

Menurut Mohd. Yusrizal, Cake menerima aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga itu sejak 1 Ramadan lalu yang mempengaruhi corak perbelanjaan mereka. 

Beliau berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada peniaga sendiri yang mengakui jualan mereka berkurangan tahun ini ekoran sikap berjimat cermat pengguna. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN