RANTAU PANJANG: Taktik licik seorang wanita warganegara Thailand menyorok minyak masak bersubsidi di ruang tayar gantian untuk diseludup ke negara jiran gagal selepas ditahan anggota penguat kuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, semalam. Wanita itu yang memandu kereta jenis Mazda ditahan pada pukul 2.15 petang oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa melalui pemeriksaan di…










