MELAKA: Kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Harraz’ yang aktif mencuri kenderaan, pecah rumah dan samun sekitar negeri ini berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki di Permatang Pasir Alai di sini, pada 19 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan kecurian sebuah motosikal diterima sebelum tangkapan. Katanya, semua…









