NARATHIWAT: Kegagalan memahami peraturan jalan raya Thailand dikenal pasti antara punca utama rakyat Malaysia dikenakan tindakan undang-undang kesalahan trafik ketika berada di negara itu. Seorang penduduk tempatan, Dollah, 45, berkata, kebanyakan pelancong dari Malaysia melakukan kesalahan bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak arif dengan sistem parkir yang berbeza di bandar-bandar Thailand. “Sebagai contoh peraturan parkir di negara ini tidak hanya bergantung kepada lokasi, sebaliknya turut ditentukan berdasarkan hari serta warna garisan…










