Enam individu terselamat, tiga kereta dihempap pokok - Utusan Malaysia

Enam individu terselamat, tiga kereta dihempap pokok

KEJADIAN pokok tumbang menyebabkan tiga kenderaan rosak di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam individu yang menaiki tiga buah kereta berdepan detik cemas apabila ribut  menyebabkan pokok tumbang lalu menghempap kenderaan mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pokok tumbang pada pukul 4.43 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian pokok tumbang itu melibatkan dua batang pokok yang menghempap tiga buah kenderaan iaitu jenis Proton Saga dan Persona serta Volkswagen.

“Terdapat enam mangsa dalam tiga kenderaan tersebut dan kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN