GEORGE TOWN: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada seorang individu dengan menggunakan parang, bulan lepas. Kesemua tertuduh, G. Kisheaan, 29; S. Yogayoggan, 26; S.Heganeswaran, 28, dan K.Sarvindran, 23, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Irwan Suainbon. Mengikut pertuduhan, kesemua mereka secara bersama dengan tujuan untuk melakukan pakat jahat…










