PETALING JAYA: Sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung dakwaan penebusan emas palsu di sebuah premis pajakan di Sungai Besi, Cheras. Laporan tersebut dibuat melibatkan dua pengadu terdiri daripada pembeli surat pajakan dan pemilik emas selain pengurus premis berkenaan. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dua laporan pertama dibuat pada 10 Mac lalu oleh dua lelaki tempatan, manakala dua lagi laporan susulan dibuat oleh pengurus premis masing-masing…










