KOTA BHARU: Penyanyi wanita dari Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 31, kini berniaga colek sepanjang Ramadan ini di Pok Wie Raja Sup Jam Besar, di sini. Penyanyi yang sarat mengandung anak ketiga mula berniaga kudapan itu bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 36, sejak hari ketiga umat Islam menjalani ibadat puasa. Dalam masa sama, beliau akan melancarkan muzik video baharu berjudul Hati Luko Raya sempena sambutan Aidilfitri…










