BUTTERWORTH : Dua buah kapal perang milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Tulsa dan USS Santa Barbara dikesan berlabuh di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini sejak kelmarin. Memetik laporan berita daripada portal The War Zone (TWZ), kedua-dua kapal sebelum itu pernah ditempatkan di Asia Barat dan tiba di Bahrain kira-kira setahun yang lepas. Katanya, peralihan lokasi itu dibuat bagi menggantikan kapal pemburu periuk api atau ‘minehunter’…










